Saturday, March 22, 2008

DAP Perak Biadap? UMNO Terengganu Bia...???


Pemuda Perak Sifatkan Lim Kit Siang Biadap

Posted on Friday, March 14 @ 19:01:19 MYT

Oleh Haris Razali

Ipoh -- Pemuda UMNO Perak hari ini menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang memperolok-olokkan titah Sultan Perak berhubung perlantikan Menteri Besar negeri itu semalam merupakan satu perbuatan biadap dan kurang ajar.

Ketuanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata tindakan tersebut adalah satu penderhakaan dan penghinaan kepada institusi kesultanan Melayu Perak yang amat dimuliakan dan disanjung tinggi oleh orang Melayu.

Tegas beliau tindakan biadap dan kurang ajar Lim Kit Siang hanya akan mengundang kemarahan orang Melayu yang sentiasa menjaga kemuliaan dan martabat kesultanan Melayu Perak.

"Pemuda Perak mengambil ketetapan menzahirkan sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan akan mempertahankan kemuliaan intitusi kesultanan Melayu.

"Penghinaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membabitkan maruah kesultanan melayu", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Kenyataan ini adalah hasil resolusi perjumpaan khas pergerakan Pemuda UMNO negeri itu semalam.

Zainol yang memenangi Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Manik dalam pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri terbabit.

"Pemuda negeri sentiasa akur dan patuh kepada segala arahan beliau. Seluruh ahli Pemuda negeri juga diminta bersikap rasional dan patuh kepada keluhuran undang-undang", ujarnya.

Petikan di atas diambil daripada Laman Web Pemuda UMNO. Sungguh teruja saya dengan semangat kepahlawanan Pemuda UMNO Perak.

Bagaimana pula dengan pendirian Pemuda kita dari Terengganu apabila terdengar berita ini.

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah

22/03/2008 6:06pm

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh. [Sumber Utusan online]



Saturday, March 15, 2008

Constitutional Crisis

We are expecting there will be constitutional crisis in Perak or Selangor. There is no clear majority among the party taken individually. A registered BN is still the majority!

It looks like the coalition that was termed as "rapoh" (weak), may get their MB earlier than the proud & strong coalition of BN. What a same!

If I am not mistaken, Tan Sri Muhammad Taib was once refused to be re-elected by the Sultan of Selangor after one of the election (1995??). However, through the wisdom of the PM then who make a personal visit to the palace, managed to get the MB re-elected.

Interesting to know that 9 out 14 ADUN from Perlis want a change in leadership and the guy is still insisting that he is wanted by the rakyat.

Deputy PM may be able to force all the 14 ADUN to give their allegiance to the ex-MB to be re-elected after his meeting with them, together with the present of Shahidan.

What's the point if later on there will be crisis between MB and the ruler. Selangor's experienced at one time is not good for the government servant & the rakyat. A deputy MB had to be elected to attend any royal function or that attended by the ruler. May I right Tan Sri Muhammad?

We hope that the people of Perlis & Terengganu will get what they wish rather than what other people wishes.

Good luck...!

LAIN PARTI PERANGAI SAMA

APABILA BN TIDAK LAGI MEMERINTAH

3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.
.
.
.
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang turut serta dalam perhimpunan itu yang pada mulanya dirancang untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu DEB kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

(Petikan Utusan Malaysia)


KETIKA BN MEMERINTAH

Pembangkang hilang sopan

JITRA 27 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pembangkang begitu terdesak sehingga sanggup bertindak bertentangan dengan undang- undang semata-mata mahu memenangi pilihan raya kali ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kesopanan rakyat negara ini kerana sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai kemenangan.

‘‘Mereka ini pun tak dapat mengawal perasaan sehingga bertindak berlawanan dengan undang-undang.

‘‘Tak ada kesopanan dan tindakan orang terdesak yang nak sangat menang. Jadi terpaksa menggunakan tindakan seperti itu yang sepatutnya tidak boleh dilakukan,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat Parlimen Jerlun di Padang Sera, Jerlun di sini hari ini.

Beliau mengulas perhimpunan haram yang mencetuskan kekacauan di Tokong Cina, Jalan Sungai, Pekan Lunas, Kulim dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika lebih 1,000 penyokong dipercayai daripada sebuah parti pembangkang cuba mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

(Petikan Utusan Malaysia)

Kalau sebelum ini kerajaan BN pimpinan UMNO sering melaungkan "Demonstrasi jalanan bukan cara politik kita" dan beberapa menteri juga turut mencabar rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui peti undi bukan di jalanan. Rakyat telah bersuara dan bagi yang tidak menerima mandat rakyat harus menerima hakikat ini.

Apa kata Nazri dan Zam?

Kalau kita sering menang, memang agak sukar untuk menerima hakikat yang mereka kalah. Tuduh menuduh sesama sendiri telah berlaku. Presiden PPP menyalahkan Gerakan & MIC menyebabkan beliau kalah tanpa menyedari rakyat juga ramai yang menyampah dengan tindak tanduk dan keangkuhan beliau.

PM juga menerima bahana apabila rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin bawahan umno sehingga mahu beliau melepaskan jawatannya.

Kelakar sekali melihat gelagat manusia dalam politik. Tidak hairanlah kita dapati dalam parlimen mereka sering memanggil sesama sendiri "monyet".

Friday, March 14, 2008

Racing to build the world's tallest tower

Saudi mile-high tower plan raises bar

March 13, 2008

GULF Arab states, flush with proceeds from record high oil prices, are racing to build the world's tallest tower.

Saudi Arabia has joined the fray with a plan to build a 1 mile (1600m) tower in the Red Sea city of Jeddah, according to the London-based Middle East Economic Digest (MEED).

The project, which would overtake super-tall skyscrapers in neighbouring Kuwait and Dubai, the city state associated with mega ventures, places the competition to build the world's tallest tower firmly in the Gulf region.
(Extracted from "Australian Business")


It is interesting to note what the Prophet Muhammad (pbuh) had said about this phenomena.

There will be no Judgment—until very tall buildings are constructed.
(Reported by Abu Hurairah)

The Hour will not be established—till the people compete with one another in constructing high buildings.
(Reported by Bukhari)

The World's Tallest buildings

http://www.xs4all.nl/~hnetten/tallestbuildingortallesttower.html
http://homepages.ipact.nl/~egram/buildings.html

Recycle Ministers

The PM is busy sorting out the names of MPs to be elected as ministers. Salute to Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Dato' Sri Samy Vellu & Dato' Seri Ong Ka Ting for rejecting to be elected as ministers through Senators. However, one party leader doesn't mind if elected.

PM should consider the feeling of rakyat who chosed not to elect them. Not only the ministers but those who stands for election and rejected should not be appointed ministers through the appointment as senators.

Malaysia should not have a recyle ministers.

Please respect the wishes of the people.

Melayu Bercelaru

ADUN Bintong MB Perlis yang baru - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Apa kata Pak Lah: "Saya sudah bagi watikah kepada Shahidan"

Kemelut dalam politik barisan nasional turut tenat nampaknya. Kalau sebelum ini kita menyaksikan barisan rakyat bermasalah di Perak dan Selangor, satu senario yang tidak menghairankan. Pak Lah pernah berkata pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh.

Apahal pulak dengan umno? Nampaknya ada juga ahli umno yang begitu gilakan kuasa. Hingga dah nak jadi gila kalau tak dapat jadi MB. Berilah orang lain peluang pulak. Dah lama dah ....
..
UMNO patut mengambil iktibar daripada parti kawan dalam BN. Jangan sehingga dah nazak baru nak beri laluan.

Sedih tengok parti orang melayu. Dah nak nazakpun masih nak bergaduh.

Sedarlah dari mimpimu.

Masih menuggu cerita dari orang Terengganu ...