Saturday, March 15, 2008

LAIN PARTI PERANGAI SAMA

APABILA BN TIDAK LAGI MEMERINTAH

3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.
.
.
.
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang turut serta dalam perhimpunan itu yang pada mulanya dirancang untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu DEB kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

(Petikan Utusan Malaysia)


KETIKA BN MEMERINTAH

Pembangkang hilang sopan

JITRA 27 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pembangkang begitu terdesak sehingga sanggup bertindak bertentangan dengan undang- undang semata-mata mahu memenangi pilihan raya kali ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kesopanan rakyat negara ini kerana sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai kemenangan.

‘‘Mereka ini pun tak dapat mengawal perasaan sehingga bertindak berlawanan dengan undang-undang.

‘‘Tak ada kesopanan dan tindakan orang terdesak yang nak sangat menang. Jadi terpaksa menggunakan tindakan seperti itu yang sepatutnya tidak boleh dilakukan,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat Parlimen Jerlun di Padang Sera, Jerlun di sini hari ini.

Beliau mengulas perhimpunan haram yang mencetuskan kekacauan di Tokong Cina, Jalan Sungai, Pekan Lunas, Kulim dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika lebih 1,000 penyokong dipercayai daripada sebuah parti pembangkang cuba mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

(Petikan Utusan Malaysia)

Kalau sebelum ini kerajaan BN pimpinan UMNO sering melaungkan "Demonstrasi jalanan bukan cara politik kita" dan beberapa menteri juga turut mencabar rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui peti undi bukan di jalanan. Rakyat telah bersuara dan bagi yang tidak menerima mandat rakyat harus menerima hakikat ini.

Apa kata Nazri dan Zam?

Kalau kita sering menang, memang agak sukar untuk menerima hakikat yang mereka kalah. Tuduh menuduh sesama sendiri telah berlaku. Presiden PPP menyalahkan Gerakan & MIC menyebabkan beliau kalah tanpa menyedari rakyat juga ramai yang menyampah dengan tindak tanduk dan keangkuhan beliau.

PM juga menerima bahana apabila rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin bawahan umno sehingga mahu beliau melepaskan jawatannya.

Kelakar sekali melihat gelagat manusia dalam politik. Tidak hairanlah kita dapati dalam parlimen mereka sering memanggil sesama sendiri "monyet".

No comments: